tadi macam biasa aku ke pejabat sekolah utk selesaikan e-kehadiran..
tiba-tiba terdengar bunyi 'tit......tit........tit.....' macam bunyi alat bantuan pernafasan 2..teruslah aku teringat kes 3 tahun lepas..
budak ni ha...lahirnya pada minggu ke 30 dgn berat hanya 750gm. tinggal didalam inkubator selama 2 bulan dan keseluruhan hari dihospital adalah selama 71 hari..semasa di bawa pulang,berat bayi ini hanya 1.8kg sahaja.bayangkan bagaimana sukarnya hendaknya menjaga bayi sekecil itu..sedangkan bayi2 lain yang lahir cukup bulan pn beratnya biasanya 3.2kg..double!
selang 3 bulan sekali,bayi ini perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan berkala..
bayi pra matang perlu menjalani pemeriksaan mata,hidung dan mulut secara intensif bagi memastikan perkembangannya normal.
pada mulanya pemeriksaannya dijalankan di hospital sulatanah aminah johor bahru, tetapi ibunya bertindak menukarkan tempat rawatanya ke hospital batu pahat bagi memudahkan perjalanan.
tahun pn berganti tahun, bayi tersebut semakin membesar walaupun beratnya masih tidak sepadan dgn umurnya..namun begitu, dia semakin sihat dan kuat dan..
inilah muhammad danish haikal kini...anak aku...sayang dia!